Sunday 10 July 2011

UJIAN APLIKAS SISTEM INVENTORI


1.0 PENGUJIAN APLIKASI
a)Pengujian Sebenarnya bermula semasa pembangunan lagi. Apabila Aturcara di kompil; Pengkompil akan memeriksa sintaks aturcara unruk mengesan ralat sintaks.
b)Ralat Sintaks akan dibaiki oleh pengaturcara sehingga aturcara dilaksana tanpa sebarang ralat (error)
c)Pengujian Aplikasi bagi Pengaturcaraan melalui :
o Ujian Unit
o Ujian Integrasi
o Ujian Sistem

2.0 UJIAN UNIT
a)Ujian Unit dilakukan ke atas aturcara atau modul individu.
b)Ujian ini akan memeriksa kefungsian modul secara individu bagi mengesan sebarang pepijat.
c)Ujian ini juga dikenali sebagai Ujian Modul.
d)Semasa pengujian dilakukan pengaturcara akan berinteraksi dengan aturcara lain. Kaedah ini dikenali sebagai Ujian Stub.

3.0 UJIAN INTEGRASI

a)Ujian Integrasi (bersepadu) dilakukan ke atas sekumpulan Modul bagi membentuk aturcara yang saling bergantungan antara satu sama lain.
b)Dijalankan secara beransur-ansur.
c)Peringkat awal, dua modul diuji bersama, kemudian modul2 lain digabungkan untuk pengujian seterusnya.
d)Pengujian diteruskan sehingga semua modul yang membentuk sesuatu aturcara diuji sekali.

4.0 UJIAN SISTEM
a)Ujian Sistem dilakukan selepas Ujian Unit dan Ujian Integrasi selesai dilakukan sebagi sebuah sistem yang lengkap
b)Aturcara yang berbeza digabungkan ke dalam satu sistem
c)Ujian ini akan dilakukan dengan data-data sebenar di dalam persekitaran kerja yang sebenar.
d)Sistem diuji bersama bagi mengendalikan beban kerja yang sebenar.

5.0 DOKUMENTASI
a)Dokumentasi merupakan aktivit untuk merekao segala spesifikasi dan fakta mengenai sebuah sistem maklumat sebagai rujukan di masa hadapan.
b)Rujukan diperlukan bagi tujuan penyelenggaraan atau melakukan sebarang perubahan (upgrade) di masa akan datang.
c)Dokumentasi merupakan aktivit untuk merekao segala spesifikasi dan fakta mengenai sebuah sistem maklumat sebagai rujukan di masa hadapan.
-Rujukan diperlukan bagi tujuan penyelenggaraan atau melakukan sebarang perubahan (upgrade) di masa akan datang.

6.0 TUJUAN DOKUMENTASI
a)Tujuan mengadakan dokumentasi adalah:
o Menerangkan Sistem
o Membantuk Interaksi antara Pengguna dengan Sistem

b)Beberapa Jenis Dokumen:
o Dokumentasi Aturcara
o Dokumentasi Sistem
o Dkumentasi Operasi
o Dokumentasi Pengguna

1 comment: