Monday 11 July 2011

FORMAT LAPORAN PEMBANGUNAN SISTEM


1.0 MEMBUAT FORMAT LAPORAN
o Format laporan bagi Pembangunan Sistem dijalankan secara sistematik.
o Memudahkan pihak yang menilai sistem melihat pembangunan sistem secara berfasa.

2.0 FORMAT LAPORAN

a)Format bagi menyediakan Laporan Pembangunan Sistem Inventori adalah sebagaimana berikut:
o Pendahuluan
o Analisis Keperluan Sistem (Requirement Analysis)
o Mengkaji Sistem Sedia Ada (Sistem Lama)
o Pembangunan Sistem Baru
o Pengujian Sistem (Sistem Testin)
o Operasi dan Penyelenggaraan.

3.0 CADANGAN BAGI FORMAT LAPORAN SISTEM

a) PENDAHULUAN :
o Menentukan Sistem yang dijalankan loleh Organsasi.
o Meninjau jenis tugas yang dijalankan oleh ahli-ahli di Organisasi.
o) Tenaga (Sumber Manusia) yang terlibat di dalam Operasi

b) ANALISIS KEPERLUAN:
o Membuat analisis keperluan bagi proses kerja seseuah organisasi.
o Meninjau apakah output yang dihasilkan bagi organisasi.
o Mengetahui objektif yang hendak dicapai oleh organisasi.

c) MENGKAJI SISTEM SEDIA ADA.
o Pembangunan Sistem akan mengkaji Sistem sedia ada yang beroperasi di Orgnasisasi.
o Memerhati proses sedia ada yang terdapat di dalam organisasi.
o Meninjau Output sedia ada yang dihasilkan oleh Organisasi.

d) PEMBANGUNAN SISTEM BARU
o Pembangunan Sistem Baru dimulakan dengan mengenalpasti Output yang hendak dihasilkan.
o Merangka Data Flow Diagram (DFD).
o Merangkan Hubungan yang terlibat (relationship)
o Merangka jadual kerja Pembangunan Sistem (Time Frame)
-Jadual Kerja
-Carta Gantt
-Carta PERT
o Membangun Sistem dengan Menggunakan program yang dipilih.
o Membangunkan Menu yang terlibat dengan Laporan yang dikehedaki.

e) PENGUJIAN SISTEM.
a)Pengujan Sistem dijalankan sebagaimana berikut:
o Pengujian Unit
o Pengujian Integrasi
o Pengujian Sistem (Secara keseluruhan)

f) OPERASI DAN PENYELENGGARAAN
o Sistem selesai diuji dan pembetulan, proses Operasi Sistem di Organisasi di buat.
o Proses ‘Installation’ dijalankan dan diberi latihan Penggunaan kepada ahli-ahli yang terlibat.
o Penyediaan manual Pengguna kepada Ahli-ahli.
o Proses Pemantauan dilakukan bagi membuat Penyelenggaraan.
o Penyelenggaraan Sistem dijalankan memastikan agr pengguna dapat Mengakses
o Sistem secara berkesan dan menyelesaikan segala kesilapan yang berlaku.
o Tempoh Penyelenggaraan akan ditentukan oleh Pihak Pembangunan Sistem dengan pihak organisasi mengikut Perjanjian yang dimeterai

KAJIAN SISTEM MASA DEPAN

o Sistem yang dibangunkan adalah Berasaskan Web(Internet)
o Mempunyai Capaian yang mudah oleh pengguna
o Sistem dapat dipertingkatkan secara berperingkat.
o Sistem sentiasa dibuat penambahbaikan untuk memudahkan Pengguna.
0 Sistem mempunyai Jangka Hayat mengikut peredaran masa dan menunggu keusangan Sistem.

Sunday 10 July 2011

KEUSANGAN SISTEM INVENTORI


1.0 KEUSANGAN SISTEM

o Setiap Sistem akan mengalami keusangan sistem. Sistem yang diselenggara dengan cekap juga akan usang pada suatu masa nanti.

o Keusangan sistem adalah berkait rapat dengan perkembangan Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT).

o Perkembangan ICT menyebabkan sesuatu sistem mepunayi tempoh hayat tertentu yang terhad.

o Sebab Utama sesuatu sistem ditamatkan hayatnya apabila sistem tidal lagi berfaedah dr segi ekonomi.

2.0 TANDA-TANDA KEUSANGAN SISTEM

a) Sejarah Penyelenggaraan:
Sejarah Penyelenggaraasn sistem menunjukkan bahawa penyelenggaraan penyesuaian dan pembetulan semakin kerap dibuat.

b) Kos dan Masa:
Kos Operasi atau Masa pelaksanaan meningkat dengan cepat dan penyelenggaraan penyempurnaan tidak dapat mengubah aliran ini

c) Pakar Perisian:
Terdapat pakar perisian dipasaran yang menyediakan perkhidmatan yang setara dengan lebih cepat, baik dan rendah kosnya daripada sistem semasa.

d) Teknologi:
Teknologi baru menyediakan cara untuk melakukan fungsi yang sama dengan lebih berkesan.

e) Susah dan Mahal:
Perubahan penyelenggaraan atau penambahanbaikan menjadi susah dan kos yang mahal

f) Fitur (Ciri) Baru:
Pengguna meminta Fitur Baru untuk menyokong keperluan Perniagaan (Bussiness) terkini.

UJIAN APLIKAS SISTEM INVENTORI


1.0 PENGUJIAN APLIKASI
a)Pengujian Sebenarnya bermula semasa pembangunan lagi. Apabila Aturcara di kompil; Pengkompil akan memeriksa sintaks aturcara unruk mengesan ralat sintaks.
b)Ralat Sintaks akan dibaiki oleh pengaturcara sehingga aturcara dilaksana tanpa sebarang ralat (error)
c)Pengujian Aplikasi bagi Pengaturcaraan melalui :
o Ujian Unit
o Ujian Integrasi
o Ujian Sistem

2.0 UJIAN UNIT
a)Ujian Unit dilakukan ke atas aturcara atau modul individu.
b)Ujian ini akan memeriksa kefungsian modul secara individu bagi mengesan sebarang pepijat.
c)Ujian ini juga dikenali sebagai Ujian Modul.
d)Semasa pengujian dilakukan pengaturcara akan berinteraksi dengan aturcara lain. Kaedah ini dikenali sebagai Ujian Stub.

3.0 UJIAN INTEGRASI

a)Ujian Integrasi (bersepadu) dilakukan ke atas sekumpulan Modul bagi membentuk aturcara yang saling bergantungan antara satu sama lain.
b)Dijalankan secara beransur-ansur.
c)Peringkat awal, dua modul diuji bersama, kemudian modul2 lain digabungkan untuk pengujian seterusnya.
d)Pengujian diteruskan sehingga semua modul yang membentuk sesuatu aturcara diuji sekali.

4.0 UJIAN SISTEM
a)Ujian Sistem dilakukan selepas Ujian Unit dan Ujian Integrasi selesai dilakukan sebagi sebuah sistem yang lengkap
b)Aturcara yang berbeza digabungkan ke dalam satu sistem
c)Ujian ini akan dilakukan dengan data-data sebenar di dalam persekitaran kerja yang sebenar.
d)Sistem diuji bersama bagi mengendalikan beban kerja yang sebenar.

5.0 DOKUMENTASI
a)Dokumentasi merupakan aktivit untuk merekao segala spesifikasi dan fakta mengenai sebuah sistem maklumat sebagai rujukan di masa hadapan.
b)Rujukan diperlukan bagi tujuan penyelenggaraan atau melakukan sebarang perubahan (upgrade) di masa akan datang.
c)Dokumentasi merupakan aktivit untuk merekao segala spesifikasi dan fakta mengenai sebuah sistem maklumat sebagai rujukan di masa hadapan.
-Rujukan diperlukan bagi tujuan penyelenggaraan atau melakukan sebarang perubahan (upgrade) di masa akan datang.

6.0 TUJUAN DOKUMENTASI
a)Tujuan mengadakan dokumentasi adalah:
o Menerangkan Sistem
o Membantuk Interaksi antara Pengguna dengan Sistem

b)Beberapa Jenis Dokumen:
o Dokumentasi Aturcara
o Dokumentasi Sistem
o Dkumentasi Operasi
o Dokumentasi Pengguna

Inventory Planning and Systems


1.0 INVENTORY PLANNING

Inventory Plannning :
-Mengkaji Teori yang berkaitan dengan Inventory Planning
-Mengenalpasti Keperluan (Requirement) bagi Produk Inventori
O Berkaitan Stok
O Harta Modal
-Menganalisis Keperluan
-Perancangan Inventori pada masa depan

2.0 PENDEKATAN YANG DIJALANKAN BAGI INVENTORY PLANNING

i)Pendekatan Harta Modal adalah berkait rapat dengan:
O Pendekatan Produk (atau keluaran)
O Pendekatan pendapatan (income approach)
O Pendekatan perbelanjaan (expenditure approach)

ii)Pendapatan / Perbelanjaan Ekonomi adalah seperti berikut:
a) Tanah/ Bangunan --- SEWA
b) Pekerja/ Pengusaha --- UPAH
c) Pinjaman Modal --- KADAR BUNGA
d) Urusniaga --- UNTUNG/RUGI

3.0 ANALILIS KEPERLUAN INVENTORI

a)Mengenalpasti keseluruhan Stok yang sedia ada (semasa)
b)Mengenalpasti Produk/Inventory yang popular bagi Permintaaan yang tinggi
c)Mengenalpasti Kepentingan Produk untuk kegunaan semasa
d)Membuat Anggaran/ Bajet berkaitan Jumlah /Kuantiti Produk untuk membuat Pesanan Bagi Tahun Akan Datang.

4.0 PERANCANGAN INVENTORI MASA DEPAN

a)Perancangan di buat berdasarkan Permintaan Semasa.
b)Organisasi boleh menentukan keperluan Produk Inventori mengikut Dasar Sesebuah Organisasi.
c)Membuat unjuran kasar dengan meningkatkan 10% dari Harga semasa produk dengan jangkaan harga akan datang makin meningkat.

5.0 SISTEM INVENTORY

Mengapa Perlu membuat Sistem Inventori
a)Memastikan semua Produk Inventori di rekod dari semasa ke semasa di dalam sistem -Dapat memantau pergerakan Inventori secara tersusun dan mendapatkan Laporan dengan cepat dan betul.

b)Memudahkan Pengguna mendapat Maklumat secara Berkesan bagi semua yang berkaitan dengan Inventori

c)Sistem yang di buat adalah mengikut spesifikasi Keselamatan, Reliability,
Efisyen dan User Friendly.

6.0 SISTEM INVENTORI BERASASKAN KOMPUTER
a)Sistem Inventori dibangunkan menggunakan Perisian yang menyediakan Pangkalan Data.

b)Pangkalan Data (Database) adalah merupakan Sistem Pengurusan Pangkalan Data DBMS)yang popular masa kini.

c)Di antara Perisian yang selalu digunakan adalah MS-Access, Microsoft Visual Basic (VB), FoxPro, Dbase dan lain-lain.

7.0 SISTEM INVENTORI – MASA DEPAN
a)Sistem Inventori terkini adalah berasaskan kepada WebBase, di mana sistem di-upload ke dalam Website.
b)Sistem ini dapat di akses oleh pengguna yang dibenarkan secara meluas di mana jua berada.
c)Sistem yang dibangunkan mempunyai ciri keselamatan yang tinggi dan mudah untuk di pertingkatkan penggunaannya.

8.0 KEUSANGAN SISTEM
a)Sistem akan mengalami Keusangan Sistem.
b)Setiap yang baru akan menjadi Lama.

Thursday 7 July 2011

Inventory Planning "Rekabentuk Input dan Output"


1.0 REKABENTUK INPUT


a)Rekabentuk Input bermaksud merekabentuk skrin yang digunakan untuk memasukkan maklumat. Contohnya: Mengisi Borang yang membolehkan pengguna menulis atau menaip maklumat diri.

2.0 JENIS-JENIS INPUT

a) Terdapat pelbagai kaedah terbaik yang digunakan untuk memasukkan data ke dalam sistem. Jenis-jenis input yang boleh digunakan adalah sebagaimana berikut:
-Papan Kekunci (keyboard)
-Tetikus (Mouse)
-Skrin Sentuh (Touch Screen)
-Pengecam Suara
-Pengimbas (Scanner)
-Pengecam Tanda Optik
-Pen Elektronik
-Biometri
-Kad Pintar
-Dakwat Magnetik
-Pengesan Kod Bar
-Trackball (Joystick)

3.0 KAEDAH KEMASUKAN DATA

Kaedah Kemasukan Data ke dalam Sistem Inventori dengan menggunakan :
-Borang Skrin
-Borang Bercetak

4.0 REKABENTUK OUTPUT
a)Output merupakan komponen sistem maklumat yang boleh dilihat dengan jelas yang memaparkan tiga jenis output iaitu:
-Output Skrin : Diperolehi denagn menggunakan Peranti berasaskan Komputer iaitu paparan Visual menggunakan CRT, LCD atau pun Projektor.
-Output Bercetak: Menggunakan cetakan di atas kertas, kain atau plastik yang biasa digunakan yang boleh di simpan dan tahan lama.

5.0 JENIS REKABENTUK OUTPUT


a) Rekabentuk Output Skrin di pamerkan mengikut kepakaran secara ringkas, mudah dan baik.

b) Langkah merekabentuk Output skrin adalah sebagaimana berikut:
-Kenalpasti output sistem dan analisis keperluan
-Perincikan keperluan output fizikal
-Jika perlu, bina lakaran bentuk pra laporan
-Membina rekabentuk dan pastikan uji output dengan menggunakan perkakasan tertentu.

6.0 REKABENTUK OUTPUT MENGIKUT KATEGORI


a)Rekbentuk Output Berjadual dan Bergrafik
-Rekabentuk Output ini dibina mengambil kira keperluanmembina output berjadual yang boleh dimuatkan ke dalam dan di perolehi melalui Laman Web. Ia bertujuan memudahkan pengguna mendapat butiran yang diperlukan dengan cara yang sesuai.

b)Rekabentuk Output Laman Web
-Rekabentuk Output ini mengunakanKatalog dengan membina rekabentuk katalog bagi memudahkan pengguna mendapat maklumat secara efiesyen.

c)Rekabentuk Output Bercetak
-Rekabentuk Output Bercetak memenuhi keperluan pengguna bagi menentukan corak Surat, Dokumen atau Borang yang dikehendaki memenuhi keperluan Sistem Maklumat.

7.0 JENIS LAPORAN


Terdapat Empat (4) Jenis laporan yang biasa digunakan iaitu :
a) Laporan Lengkap
b) Laporan Rumusan
c) Dokumen Turn-around
d) Graf

8.0 JENIS LAPORAN


a) Laporan Lengkap:
-Laporan maklumat yang disediakan memnuhi semua Item hasil tindakbalas pertanyaan berkaitan kriteria tertentu dan dibaca serta dapat membantu pemahaman dengan lebih jelas.

b) Laporan Rumusan:
-Laporan Rumusan yang mewakili keseluruhan Item serta dapat mebandingkan beberapa item antara satu sama lain. Susunan item adalah sangat penting

c) DokumenTurn-around:
-Merupakan suatu laporan yang mana akhirnya ia mengubah kepada input. Laporan ini mempunyai input dan output. Contohnya Bil yang dihantar pembekal kepada organisasi, dan akhirnya organisasi mengembalikan bil tuntutan tersebut untuk membuat pengesahan Pembayaran dan mengeluarkan Cek Pembayaran.

d) Graf:
-Graf digunakan sebagai membantu pengguna membandingkan dau atau lebih Item dan dapat memahami dengan mudah.
-Kumpulan Graf disokong dengan Carta Pai dan lain-lain.

INVENTORY PLANNING IT-020-4(6) Sambungan

INVENTORY PLANING IT-020-4(6)

1.0 PENGURUSAN INVENTORI

a)Kawalan Inventori :
-secara sistematik

b)Pengurusan yang cekap dan menjimat masa

c)Memudahkan pengguna untuk mengenalpasti peralatan dengan efiesyen.

2.0 OBJEKTIF PENGURUSAN INVENTORI


a)Kenalpasti jumlah bahan @barangan yang ada di dalam organisasi bagi membuat perancangan

b)Mengenalpasti model-model yang digunakan bagi menguruskan Inventori

c)Menentukan keperluan barangan bagi kegunaan dan simpanan (stok) semasa

d)Menentukan keperluan bagi mengatasi permintaan yang tidak ketentuan

3.0 KOMPONEN DAN KOS INVENTORI


a)Inventori boleh dibahagikan kepada dua iaitu:
-Bahan mentah
-Barangan siap

b)Inventori khusus adalah untuk memeliharakan barangan siap yang telah tersedia untuk di edarkan dan dipasarkan.

c)Menyimpan inventori melibatkan kos, tetapi tidak mempunyai inventori juga melibatkan kos.

d)Kos yang melibatkan keputusan samada menyimpan inventori atau tidak dikenali sebagai kos relevan

e)Pengurusan cekap akan membuat ramalan yang bijak kepada prasyarat keberkesanan mengurus inventori yang cekap memastikan bekalan cukup

f)Menentukan permintaan dalam satu tempoh dengan Mengetahui jumlah sebenar diperlukan serta meramalkan jumlah keluaran pada masa tertentu

g)Kos Apabila Inventori Meningkat. Kos adalah nilai atau kos sesuatu bahan yang dibayar kepada penjual atau kos keluaran Oleh itu kos seunit tidak berubah mengikut jumlah pesanan, jumlah kosnya adalah tidak relevan.

h)Apabila kos berubah tidak mengikut jumlah pesanan, maka jumlah kosnya tidak relevan Apabila kos berubah mengikut jumlah pesanan, maka jumlah kos adalah relevan dan perlu diambilkira dalam keputusan inventori

i)Sesebuah firma perlu membuat Penilaian tentang kadar pulangan Pelaburan. Pelaburan dalam inventori sama dengan pelaburan adalam aset tetap seperti mesin, bangunan dan sebagainya. Apabila Dana terhad, maka Pelaburan yg dibuat perlu memaksimumkan kadar pulangan tinggi. Pelaburan yang mendatangkan kepulangan tetapi ditinggalkian untuk mengambil Pelaburan lain dikenali sebagai Kos Melepas.

j)Kos Ruang Menyimpan. Kos ini berkait rapat dengan tempat atau ruang untuk
menyimpan barang. Apabila Bangunan dibina, maka terdapat kos yang terlibat iaitu kos pembinaan dan penyelenggaran. Kos Penyelenggaraan- api/elektrik,air dan keselamatan.

k)Kos-kos lain yang terdapat seperti pengambilan kerani dan alat pengendalian bahan yang diperlukan semasa jumlah inventori meningkat k)Kos Insurans. Barangan atau bahan yang disimpan sebagai inventori adalah diinsuranskan. Semakin meningkat jumlah inventori, semakin banyaklah kos atau premium perlindungan insurans yang perlu di bayar.

l)Kos Susut Nilai dan Kerosakan. Bahan atau barangan yang disimpan sebagai inventori terdedah kepada kerosakan dan oleh yang demikian nilainya akan Susut. Sesetengah bahan atau barangan tidak boleh disimpan lama mengikut kaedah dan peraturan yang tertentu.Contohnya ubat-ubatan dan makanan dalam tin.
- Kos Susut Nilai terjadi apabila bahan yang hendak dijual tidak sebagaimana asal dan dijual dengan harga yang murah.

m)Kos Apabila Inventori Berkurangan

n)Kos Memesan dan Membeli. Kos ini berkait dengan jumlah pesanan yang dibuat oleh organisasi untuk mendapat bahan tertentu. Di antara Kos Memesan adalah kos perkhidmatan pos, telefon, teleks, faks, gaji (upah) kakitangan yang mengendalikan pesanan serta kos-kos lain yang terlibat.

o)Kos Kehabisan Stok. Mengurangkan jumlah inventori boleh mengakibatkan kehabisan stok apabila permintaan meningkat. Kos –kos yang terlibat apabila kehabisan stok jualan dan perhubungan dengan pelanggan seterusnya melibatkan keberuntungan firma. Organisasi perlu mendapatkan bekalan dengan cepat bagi memenuhi permintaan pelanggan.
- Memproses sendiri
- Membeli daripada pengedar lain.

Pilihan pertama melibatkan kos pemberhentian kerja atau memproses barangan yang diminta dengan segera. Pilihan kedua melibatkan kos memesan dan mengendalikan bahan.

4.0 MENGAPA MENYIMPAN INVENTORI


a)Inventori amat diperlukan oleh sesebuah organisasi. Ini disebabkan oleh tempoh yang panjang dihantar di antara masa memesan dan masa menerima.

b)Kadar keluaran barang dapat ditentukan kernana proses akan berjalan secara berterusan.

c)Dapat melindungi organisasi daripada kehabisan stok daripada ramalan yang kurang tepat.

d)Keperluan stok bagi sesuatu organisasi bergantung kepada keperluan dan kepenggunaan. Organisasi mempunyai dasar berbeza-beza:
-Stok banyak- dasar inventori banyak bagi tidak mengalami kehabisan stok
-Stok sikit – dasar inventori yang paling minimum.

Bahagian Pemasaran memerlukan dasar ini kerana menjimatkan kos pembelian dan penyimpanan.
-Organisasi yang mempunyai Inventori berlebihan menyebabkan berlaku pembaziran dari segi kewangan.
-Terdapat sesetengah organisasi mempunyai Dasar Kepenggunaan kapasiti yang maksimum. Oleh itu inventori yang banyak Bahagian pemasaran memerlukan inventori.

e) Kos Susut Nilai terjadi apabila bahan yang hendak dijual tidak sebagaimana asal dan dijual dengan harga yang murah. Nilai ataupun kos ini dipanggil harga belian bahan.
-Harga belian bahan meliputi kos pengangkutan, pemeriksaan dan sebagainya.

5.0 KLASIFIKASI INVENTORI CARA ABC

a) Analisis ABC ini beroperasi sepertimana berikut:
o Kumpulan A mengandungi bahan yang mempunyai wang yang tinggi.
o Kumpulan B mempunyai nilai wang sederhana.
o Kumpulan C mempunyai nilai wang yang rendah.

b) Oleh yang demikian, perhatian yang lebih ditumpukan kepada bahan dalam Kumpulan A.

c) Konsep ini dipanggil “Prinsip Parento”. Prinsip ini memberi gambaran bahawa aktivit-aktiviti yang kecil adalah sebahagian daripada nilai aktiviti yang dilakukan oleh sesebuah organisasi.

6.0 PERBANDINGAN KOS: KOS MEMESAN DAN KOS MENYIMPAN


a) Inventori melibatkan kos tertentu iaitu:
-Kos Memesan
-Kos Menyimpan.
-Kos Relevan

b) Bagi mendapatkan Tempoh Perancangan Setahun, bagi mencari kos relevan yang terlibat sebagaimana berikut:
Jumlah Kos Relevan Tahunan = Kos Bahan + Kos Memesan + Kos Menyimpan.

c) Tujuan Utama adalah untuk meminimumkan Jumlah Kos Tahunan
Ia boleh ditunjukkan menggunakan Graf dan Pengiraan.

7.0 MENGGUNAKAN MODEL SAIZ KUANTITI PESANAN EKONOMI (EOQ)


a)Menggunakan kos Menyimpan dan memesan adalah baik dari segi kesukaran untuk menghabiskan stok, tetapi rugi dari segi perbelanjaan kerana ia melibatkan kos yang banyak.

b)Menyimpan sedikit Inventori adalah baik dari segi penjimatan kos tetapi
merugikan dari segi kehabisan stok yang boleh mengakibatkan kehilangan jualan.

c)Pihak Pengurusan akan meneliti dan mencari satu bentuk Kompromi (penyelesaian bagi percanggahan)

d)Model saiz pesanan boleh digunakan untuk membantu pihak pengurusan di dalam membuat keputusan Inventori.

e)Bagi menggunakan Model ini, beberapa andaian perlu dibuat iaitu:
o Kadar penggunaan diketahui dan permintaan yang konstan (Tetap).
o Kos bahan yang tidak berubah mengikut jumlah pesanan dan tidak ada diskaun.
o Segala pesanan dihantar pada masa yang sama dan tidak ada pesanan tertangguh
o Masa menunggu adalah konstan dan dapat dipastikan dan tidak bergantung pada permintaan. Inventori minimum ialah kosong tetapi tidak kehabisan stok

f)Harga berlebihan adalah sama tanpa mengambil kira jumlah pesanan.

7.1 Pembolehubah dalam Model Inventori


Ia akan digunakan semasa perbincangan dan pengiraan:
D = Permintaan tahunan dalam Unit
d = Bilanagn Unit diguna atau dijual seunit kurang drp setahun, misalnya
Sehari, Sebulan atau Seminggu.
Q = Jumlah Kuantit yang dipesan
Q* = Jumlah Kuantiti yang Optimum
RL = Tahap Memesan semula
L = Masa menunggu
S = Kos Memesan untuk sekali pesanan
I = Kos Menyimpan seunit dalam kadar peratusan
C = Kos Bahan unit
K = Kos Kehabisan Unit
P = Kadar Keluaran seunit dalam tempoh seminggu
DL = Permintaan semasa masa tunggu. Jumlah Permintaan semasa masa tunggu
SS = Stok Keselamatan
TC = Jumlah Kos Tahunan
aF = kekerapan pesanan setahun

8.0 JUMLAH KOS INVENTORI YANG RELEVEN


a) Objektif Utama kuantiti pesanan optimum adalah untumk meminimumkan Kos Tahunan Inventori.

b) Kos-kos dapat ditentukan melalui model graf bagi inventori untuk sesuatu
tempoh sebagaimana rajah di bawah yang melibatkan Kualiti Pesanan Ekonomi
(EQQ) Vs masa.

8.1 FORMULA INVENTORI

a) Jumlah Kos Releven Tahunan
Jum Kos Relevan = Kos Memesan + Kos Menyimpan
TC = S (D/Q*) + (Q*/2)

b) Kos Tahunan bahan tidak dimasukkan dalam formula ini kerana harga belian
seunit adalah tetap, iaitu tidak berubah mengikut kuantiti pesanan.

8.2 CONTOH PENGIRAAN (1):

Sebuah syarikat mempunyai paras stok keselamatan untuk selama lima hari penggunaan. Kadar penggunaan tahunan ialah 80,000 unit. Dengan menggunakan formula di atas bagi mencari SS.
LT = 5, d = 80000/360 ,

Formula Stok keselamatan:
SS = LT X d
= 5 X (80000/360)
= 5 X22
= 1111.1 unit.

CONTOH PENGIRAAN (2)
Sebuah syarikat mempunyai Dasar Menyimpan Inventori sebagai Stok
Keselamatan sebanyak 25 unit dan masa menunggu ialah 6 hari. Daripada
maklumat sila dapatkan Paras Memesan Semula:

Formula bagi Paras Memesan semula
RL = (LT X d) + SS
= (5 unit @sehari) X 6 hari) + 25 unit
= 55 unit

8.3 DISKAUN KUANTITI:


a)Diskaun Kuantiti diberikan kepada organisasi yang membuat pesanan dengan
kuantiti yang banyak

b)Bagi harga seunit yang diberikan, ia akan melibatkan kos belian bahan
dan akan menjadi kos yang releven apabila kos tahunan inventori
diambilkira.

c)Oleh itu jumlah untuk kos tahunan inventori yang mendapat diskaun
kuantiti ialah:
Jumlah kos releven = kos bahan/unit + kos memesan + kos menyimpan tahunan
TC = C + S
= (D/Q*)+ IC (Q*/2)

8.4 PERANCANGAN KEPERLUAN BAHAN


a)Perancangan keperluan bahan ialah satu perancangan berkomputer tentang
penggunaan bahan sesebuah organisasi yang dikeluarkan bagi sesuatu
tempoh misalnya seminggu, sebulan.

b)Ia menggabungkan maklumat-maklumat dengan kehendak keluaran.

c)Penjadualn dan maklumat lain yang terbaru berkenaan dengan keadaan semasa bahan-bahan.

8.4 (1) PERANCANGAN KEPERLUAN BAHAN

a)Semua data dan maklumat adalah diperlukan dan mestilah tepat.
Secara umumnya perancangan ini mempunyai beberapa objektif:
- Mengurangkan jumlah keperluan inventori pada sesuatu tahap yang paling minimum. Ia akan dapat mengurangkan kos.
- Mengurangkan diantara masa menunggu sesuatu keluaran dengan masa menunggu penghantaran dengan kadar yang cepat supaya ianya dapat memuaskan hati pelanggan.
- Menjanjikan penghantaran kepada para pelanggan bahan pada waktu yang ditetapkan
- Dapat meningkatkan keberkesanan operasi keluaran. Tid abanyak
berlaku pembaziran terhadap masa dan bahan.

SOALAN PERBINCANGAN:

a) Kos-kos apakah yang akan meningkat sekiranya saiz inventori meningkat?
b) Kos apakah menurun apabila inventori meningkat?
c) Terangkan apakah Pesanan Optimum? Kenapakah ia penting dalam pengurusan.
d) Kenapa kos tidak tetap tidak dimasukkan dalam model kuantiti pesanan
optimum.
e) Terangkan apakah Stok Keselamatan? Kenapakah ia penting bagi sesebuah
Organisasi?
f) Apakah kuantiti diskaun diberikan, kos bahan seunit dimasukkan ke dalam
formula jumlah tahunan ia menjadi kos yng releven.

PERSOALAN SISTEM
Sistem inventori kedai alat tulis ini dibangunkan untuk merekod segala keluar masuk barangan dari stor dan juga boleh mengeluarkan laporan setiap bulan. Masalah yang dihadapi sistem ini tidak dibangunkan ialah segala barangan yang keluar masuk tidak dapat direkod dengan sempurna. Ini kerana segala maklumat di simpan di dalam buku log sahaja dan berkemungkinan maklumat tersebut akan hilang. Pencarian maklumat juga tidak dapat dilakukan kerana dokumen yang terlalu banyak. Oleh itu, objektif sistem dihasilkan agar dapat menguruskan segala rekod barangan dan mengeluarkan laporan bulanan dan juga dapat menghasilkan butang carian untuk memudahkan carian dilakukan. Sistem ini dibangunkan menggunakan metodologi berfasa, bertujuan membuat sistem bertambah lebih baik pada masa akan datang mengikut keperluan pengguna yang sentiasa berubah-ubah. setelah sistem ini siap di bangunkan ia dapat digunakan di kedai alat tulis TNT.

What is The Inventory Planning? Inventory planning and optimization systems allow the organization to create an inventory supply network from multi-tier or n-tier suppliers through to multi-channel to customers. Standard ERP systems may not support this type of modeling and graphic capability, and may not have the ability to integrate data from disparate sources through the supply chain to create the models. Inventory management strategies need to be analyzed both at the strategic and tactical levels. What are the right approaches to inventory stocking both at the raw, component, or WIP levels, as well as for finished goods? What are the right hedging strategies as a product moves through its lifecycle: from new product or market introduction, to seasonalities, to end-of-life? What are the right staging and pipeline levels? What is the right replenishment level by channel or customer to meet market share, revenue, profit targets, and customer service levels, while minimizing obsolescence. Planning inventory at the right stage--raw, partial assembly, or finished goods--has huge implications for a firm's responsiveness and profitability. Strategically, inventory planning and optimization systems work well in partnership with forecasting systems. Long-term forecasting, analyzing, and determining demand, lets the optimizer set a profitable supply plan for the market. Use our software comparisons to evaluate over 100 top vendors in the areas of inventory management, warehouse management, supply chain management and other functions required for your organization.