Thursday 7 July 2011

Inventory Planning "Rekabentuk Input dan Output"


1.0 REKABENTUK INPUT


a)Rekabentuk Input bermaksud merekabentuk skrin yang digunakan untuk memasukkan maklumat. Contohnya: Mengisi Borang yang membolehkan pengguna menulis atau menaip maklumat diri.

2.0 JENIS-JENIS INPUT

a) Terdapat pelbagai kaedah terbaik yang digunakan untuk memasukkan data ke dalam sistem. Jenis-jenis input yang boleh digunakan adalah sebagaimana berikut:
-Papan Kekunci (keyboard)
-Tetikus (Mouse)
-Skrin Sentuh (Touch Screen)
-Pengecam Suara
-Pengimbas (Scanner)
-Pengecam Tanda Optik
-Pen Elektronik
-Biometri
-Kad Pintar
-Dakwat Magnetik
-Pengesan Kod Bar
-Trackball (Joystick)

3.0 KAEDAH KEMASUKAN DATA

Kaedah Kemasukan Data ke dalam Sistem Inventori dengan menggunakan :
-Borang Skrin
-Borang Bercetak

4.0 REKABENTUK OUTPUT
a)Output merupakan komponen sistem maklumat yang boleh dilihat dengan jelas yang memaparkan tiga jenis output iaitu:
-Output Skrin : Diperolehi denagn menggunakan Peranti berasaskan Komputer iaitu paparan Visual menggunakan CRT, LCD atau pun Projektor.
-Output Bercetak: Menggunakan cetakan di atas kertas, kain atau plastik yang biasa digunakan yang boleh di simpan dan tahan lama.

5.0 JENIS REKABENTUK OUTPUT


a) Rekabentuk Output Skrin di pamerkan mengikut kepakaran secara ringkas, mudah dan baik.

b) Langkah merekabentuk Output skrin adalah sebagaimana berikut:
-Kenalpasti output sistem dan analisis keperluan
-Perincikan keperluan output fizikal
-Jika perlu, bina lakaran bentuk pra laporan
-Membina rekabentuk dan pastikan uji output dengan menggunakan perkakasan tertentu.

6.0 REKABENTUK OUTPUT MENGIKUT KATEGORI


a)Rekbentuk Output Berjadual dan Bergrafik
-Rekabentuk Output ini dibina mengambil kira keperluanmembina output berjadual yang boleh dimuatkan ke dalam dan di perolehi melalui Laman Web. Ia bertujuan memudahkan pengguna mendapat butiran yang diperlukan dengan cara yang sesuai.

b)Rekabentuk Output Laman Web
-Rekabentuk Output ini mengunakanKatalog dengan membina rekabentuk katalog bagi memudahkan pengguna mendapat maklumat secara efiesyen.

c)Rekabentuk Output Bercetak
-Rekabentuk Output Bercetak memenuhi keperluan pengguna bagi menentukan corak Surat, Dokumen atau Borang yang dikehendaki memenuhi keperluan Sistem Maklumat.

7.0 JENIS LAPORAN


Terdapat Empat (4) Jenis laporan yang biasa digunakan iaitu :
a) Laporan Lengkap
b) Laporan Rumusan
c) Dokumen Turn-around
d) Graf

8.0 JENIS LAPORAN


a) Laporan Lengkap:
-Laporan maklumat yang disediakan memnuhi semua Item hasil tindakbalas pertanyaan berkaitan kriteria tertentu dan dibaca serta dapat membantu pemahaman dengan lebih jelas.

b) Laporan Rumusan:
-Laporan Rumusan yang mewakili keseluruhan Item serta dapat mebandingkan beberapa item antara satu sama lain. Susunan item adalah sangat penting

c) DokumenTurn-around:
-Merupakan suatu laporan yang mana akhirnya ia mengubah kepada input. Laporan ini mempunyai input dan output. Contohnya Bil yang dihantar pembekal kepada organisasi, dan akhirnya organisasi mengembalikan bil tuntutan tersebut untuk membuat pengesahan Pembayaran dan mengeluarkan Cek Pembayaran.

d) Graf:
-Graf digunakan sebagai membantu pengguna membandingkan dau atau lebih Item dan dapat memahami dengan mudah.
-Kumpulan Graf disokong dengan Carta Pai dan lain-lain.

No comments:

Post a Comment