Sunday 10 July 2011

KEUSANGAN SISTEM INVENTORI


1.0 KEUSANGAN SISTEM

o Setiap Sistem akan mengalami keusangan sistem. Sistem yang diselenggara dengan cekap juga akan usang pada suatu masa nanti.

o Keusangan sistem adalah berkait rapat dengan perkembangan Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT).

o Perkembangan ICT menyebabkan sesuatu sistem mepunayi tempoh hayat tertentu yang terhad.

o Sebab Utama sesuatu sistem ditamatkan hayatnya apabila sistem tidal lagi berfaedah dr segi ekonomi.

2.0 TANDA-TANDA KEUSANGAN SISTEM

a) Sejarah Penyelenggaraan:
Sejarah Penyelenggaraasn sistem menunjukkan bahawa penyelenggaraan penyesuaian dan pembetulan semakin kerap dibuat.

b) Kos dan Masa:
Kos Operasi atau Masa pelaksanaan meningkat dengan cepat dan penyelenggaraan penyempurnaan tidak dapat mengubah aliran ini

c) Pakar Perisian:
Terdapat pakar perisian dipasaran yang menyediakan perkhidmatan yang setara dengan lebih cepat, baik dan rendah kosnya daripada sistem semasa.

d) Teknologi:
Teknologi baru menyediakan cara untuk melakukan fungsi yang sama dengan lebih berkesan.

e) Susah dan Mahal:
Perubahan penyelenggaraan atau penambahanbaikan menjadi susah dan kos yang mahal

f) Fitur (Ciri) Baru:
Pengguna meminta Fitur Baru untuk menyokong keperluan Perniagaan (Bussiness) terkini.

1 comment: