Tuesday, 4 October 2016

Pengenalan Kepada Sistem Maklumat Geografi (GIS)



Sistem Maklumat Geografi (GIS) adalah merupakan sebuah sistem pengurusan maklumat berkomputer yang berfungsi untuk tujuan pengurusan maklumat, pengolahan, penganalisaan dan pengeluaran maklumat yang sering dikaitkan dengan data berbentuk peta/pelan. GIS memerlukan perisian, perkakasan, pangkalan data, prosidur dan kemahiran kakitangan yang mengguna dan mengurus maklumat.
 Sistem maklumat merupakan suatu alat yang digunakan bagi membantu seseorang individu dalam membuat keputusan. Manakala geografi pula adalah pengkajian terhadap bumi secara grafik dan saintifik. 
 Salah satu kelebihan sistem GIS berbanding dengan sistem berkomputer yang lain adalah keupayaannya dalam menghasilkan paparan maklumat  dengan mengabungkan antara pangkalan data berbentuk reruang  (spatial) dengan pangkalan data teks/atribut.
 Keupayaannya ini memberi kelebihan kepada sistem GIS dalam mengambarkan maklumat yang lebih baik, mudah difahami dan terperinci kepada  penggunanya.
  
Takrif Sistem Maklumat Geografi
Sistem Maklumat Geografi (GIS) merupakan gabungan dari sistem maklumat dan geografi (Star, J&Estes,1990). GIS secara praktikalnya ditakrifkan sebagai suatu set tersusun himpunan perkakasan, perisian, data geografi dan organisasi yang berfungsi dalam cara mengumpul atau mendapatkan data mengenai geografi, memproses data tersebut bagi menghasilkan maklumat, ,menyimpan, menyemak, membuat analisa, mengaggih dan memaparkannnya di paparan imej. (Understanding GIS, ARC/INFO Method 6.0)



Sistem Maklumat Geografi (GIS) seperti juga sistem-sistem lain tidak boleh berdiri sendirian.

Terdapat tiga unsur utama bagi peralatan komputer iaitu unit pemprosesan pusat (CPU), unit paparan visual dan papan kekunci. Di samping itu terdapat peralatan-peralatan tambahan atau bantuan yang lain (peripheral) seperti tetikus, pendigit, pengimbas, pencetak dan sebagainya.
Antara fungsi peralatan komputer ialah ia digunakan untuk menyimpan, memproses dan mempersembahkan data peta digital.
Perlaksanaan projek GIS yang merangkumi ruang geografi yang luas memerlukan kemampuan penyimpanan data dan RAM (Random Access Memory) yang tinggi. Ini memastikan semua data dapat disimpan, diproses dan dipanggil dengan mudah dalam masa yang singkat.
Di antara komponen-komponen utama yang membawa kepada pembentukan sistem ini ialah perkakasan komputer, perisian, data geografi dan aspek organisasi. (Burrough 1986)
i. Peralatan Komputer

ii. Perisian Komputer
Perisian komputer adalah berperanan menjalankan operasi-operasi GIS.
Terdapat lima modul asas dalam sesuatu perisian komputer iaitu :

A. Data Input dan pengesahan data
Data yang digunakan boleh digolongkan sama ada dalam bentuk spatial atau non-spatial. Data input meliputi semua aspek yang berkaitan dengan cerapan data dalam bentuk pelan dan peta data teks dan ditukarkan kepada bentuk digital untuk disimpan dalam pangkalan data.

B. Penyimpanan data dan pengurusan pangkalan data
Perkara utama yang diberi penekanan dalam proses penyimpanan data dan pengurusan pangkalan data ialah cara penstrukturan dan penyusunan data yang berkaitan dengan kedudukan, jaringan hubungan (Topologi) dan pelbagai aspek geografi syang digambarkan dalam bentuk titik, garisan dan kawasan.

C. Pengeluaran dan persembahan data
Pengeluaran dan persembahan data boleh disampaikan kepada pengguna dalam pelbagai cara dan bentuk. Di antaranya ialah kemampuan sesuatu perisian untuk memaparkan maklumat cetakan (hard copy) dalam bentuk pelan, jadual, borang, laporan ataupun dalam bentuk digital.
Penggunaan warna dan simbol yang sesuai perlulah diambil perhatian bagi menghasilkan suatu sistem paparan yang boleh menarik perhatian pengguna. Paparan maklumat (nombor dan teks) pula perlulah disusun dan ditempatkan diruangan yang sebaik-baiknya tidak menganggu atau menutupi grafik yang berkaitan.

D. Transformasi data
Transformasi data diperlukan untuk melaraskan selisih dalam data supaya berpadanan dengan kumpulan data yang lain. Transformasi data juga adalah berperanan untuk membolehkan dua skala lapisan grafik yang berbeza ditukarkan menjadi satu skala yang sama.

E. Interaksi dengan pengguna
Penggunaan pilihan menu dengan pemakaian bahasa yang baik adalah penting bagi membolehkan pengguna membuat pilihan yang betul dalam usahanya untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki.

iii.  Aspek Organisasi
Kerjasama yang baik daripada setiap ahli dalam organisasi adalah amat penting bagi memastikan pembinaan GIS dapat disiapkan dan mencapai matlamatnya.
Adalah kurang bijak untuk mengharapkan pembinaan GIS siap dalam masa yang singkat dengan hanya menempatkan seseorang yang berpengetahuan mengendalikan peralatan dan perisian untuk bertindak secara bersendirian.
Pembina GIS memerlukan pekerja-pekerja teknikal, juruanalisa sistem rangkaian, pihak pengurusan dan pengeluar peralatan dan perisian mestilah sentiasa berkerjasama dalam menyelesaikan segala masalah yang bakal timbul sewaktu proses pembinaan sitem GIS tersebut.

Setiap organisasi yang ingin atau sedang membangunkan sistem ini perlu mengambilkira komponen-komponen di atas dengan sewajarnya. Kelemahan pengurusan salah satu komponen GIS tersebut akan menyebabkan proses penerapan sistem ini kedalam organisasi terbabit akan terganggu.
Salah satu aspek yang perlu diberi perhatian ialah pemilihan perisian GIS yang sesuai dan dapat memenuhi keperluan organisasi terbabit.

No comments:

Post a Comment