Inventory Planning IT-020-4(6) merupakan suatu Subjek pembelajaran khusus bagi kursus Sistem Komputer untuk pelajar-pelajar mempelajari tentang kepentingan Inventori bagi sesebuah Organisasi. Pendedahan tentang kepentingan Sistem Inventori berkaitan pembangunan Sistem yang berasaskan komputer telah diberi penekanan di dalam membuat Analisis dan Rekabentuk Sistem Inventori yang hendak dibangunkan.
Sunday, 10 July 2011
KEUSANGAN SISTEM INVENTORI
1.0 KEUSANGAN SISTEM
o Setiap Sistem akan mengalami keusangan sistem. Sistem yang diselenggara dengan cekap juga akan usang pada suatu masa nanti.
o Keusangan sistem adalah berkait rapat dengan perkembangan Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT).
o Perkembangan ICT menyebabkan sesuatu sistem mepunayi tempoh hayat tertentu yang terhad.
o Sebab Utama sesuatu sistem ditamatkan hayatnya apabila sistem tidal lagi berfaedah dr segi ekonomi.
2.0 TANDA-TANDA KEUSANGAN SISTEM
a) Sejarah Penyelenggaraan:
Sejarah Penyelenggaraasn sistem menunjukkan bahawa penyelenggaraan penyesuaian dan pembetulan semakin kerap dibuat.
b) Kos dan Masa:
Kos Operasi atau Masa pelaksanaan meningkat dengan cepat dan penyelenggaraan penyempurnaan tidak dapat mengubah aliran ini
c) Pakar Perisian:
Terdapat pakar perisian dipasaran yang menyediakan perkhidmatan yang setara dengan lebih cepat, baik dan rendah kosnya daripada sistem semasa.
d) Teknologi:
Teknologi baru menyediakan cara untuk melakukan fungsi yang sama dengan lebih berkesan.
e) Susah dan Mahal:
Perubahan penyelenggaraan atau penambahanbaikan menjadi susah dan kos yang mahal
f) Fitur (Ciri) Baru:
Pengguna meminta Fitur Baru untuk menyokong keperluan Perniagaan (Bussiness) terkini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Mohamad Azizul kls 4A..
ReplyDelete