Sistem
Maklumat Geografi (GIS) adalah merupakan sebuah sistem pengurusan maklumat
berkomputer yang berfungsi untuk tujuan pengurusan maklumat, pengolahan,
penganalisaan dan pengeluaran maklumat yang sering dikaitkan dengan data
berbentuk peta/pelan. GIS memerlukan perisian, perkakasan, pangkalan data,
prosidur dan kemahiran kakitangan yang mengguna dan mengurus maklumat.
Sistem
maklumat merupakan suatu alat yang digunakan bagi membantu seseorang individu
dalam membuat keputusan. Manakala geografi pula adalah pengkajian terhadap
bumi secara grafik dan saintifik.
Salah satu kelebihan sistem GIS berbanding dengan
sistem berkomputer yang lain adalah keupayaannya dalam menghasilkan paparan
maklumat dengan mengabungkan antara
pangkalan data berbentuk reruang
(spatial) dengan pangkalan data teks/atribut.
Keupayaannya ini memberi kelebihan kepada sistem GIS
dalam mengambarkan maklumat yang lebih baik, mudah difahami dan terperinci
kepada penggunanya.
Takrif Sistem Maklumat Geografi
Sistem Maklumat Geografi (GIS) merupakan gabungan dari
sistem maklumat dan geografi (Star, J&Estes,1990). GIS secara
praktikalnya ditakrifkan sebagai suatu set tersusun himpunan perkakasan,
perisian, data geografi dan organisasi yang berfungsi dalam cara mengumpul atau
mendapatkan data mengenai geografi, memproses data tersebut bagi menghasilkan
maklumat, ,menyimpan, menyemak, membuat analisa, mengaggih dan memaparkannnya
di paparan imej. (Understanding GIS, ARC/INFO Method 6.0)
|
Sistem Maklumat Geografi (GIS) seperti juga sistem-sistem
lain tidak boleh berdiri sendirian.
Terdapat tiga unsur utama bagi peralatan komputer iaitu unit
pemprosesan pusat (CPU), unit paparan visual dan papan kekunci. Di samping itu
terdapat peralatan-peralatan tambahan atau bantuan yang lain (peripheral)
seperti tetikus, pendigit, pengimbas, pencetak dan sebagainya.
Antara fungsi peralatan komputer ialah ia digunakan untuk
menyimpan, memproses dan mempersembahkan data peta digital.
Perlaksanaan projek GIS yang merangkumi ruang geografi yang luas
memerlukan kemampuan penyimpanan data dan RAM (Random Access Memory) yang
tinggi. Ini memastikan semua data dapat disimpan, diproses dan dipanggil dengan
mudah dalam masa yang singkat.
Di antara komponen-komponen
utama yang membawa kepada pembentukan sistem ini ialah perkakasan komputer,
perisian, data geografi dan aspek organisasi. (Burrough 1986)
i. Peralatan Komputer
ii. Perisian Komputer
Perisian komputer adalah berperanan menjalankan
operasi-operasi GIS.
Terdapat lima modul asas dalam sesuatu perisian komputer
iaitu :
A. Data Input dan pengesahan data
Data yang digunakan boleh digolongkan sama ada dalam bentuk
spatial atau non-spatial. Data input meliputi semua aspek yang berkaitan dengan
cerapan data dalam bentuk pelan dan peta data teks dan ditukarkan kepada bentuk
digital untuk disimpan dalam pangkalan data.
B. Penyimpanan data dan pengurusan pangkalan data
Perkara utama yang diberi penekanan dalam proses penyimpanan
data dan pengurusan pangkalan data ialah cara penstrukturan dan penyusunan data
yang berkaitan dengan kedudukan, jaringan hubungan (Topologi) dan pelbagai
aspek geografi syang digambarkan dalam bentuk titik, garisan dan kawasan.
C. Pengeluaran dan persembahan data
Pengeluaran dan persembahan data boleh disampaikan kepada
pengguna dalam pelbagai cara dan bentuk. Di antaranya ialah kemampuan sesuatu
perisian untuk memaparkan maklumat cetakan (hard copy) dalam bentuk pelan,
jadual, borang, laporan ataupun dalam bentuk digital.
Penggunaan warna dan simbol yang sesuai perlulah diambil perhatian
bagi menghasilkan suatu sistem paparan yang boleh menarik perhatian pengguna.
Paparan maklumat (nombor dan teks) pula perlulah disusun dan ditempatkan
diruangan yang sebaik-baiknya tidak menganggu atau menutupi grafik yang
berkaitan.
D. Transformasi data
Transformasi data diperlukan untuk melaraskan selisih dalam
data supaya berpadanan dengan kumpulan data yang lain. Transformasi data juga
adalah berperanan untuk membolehkan dua skala lapisan grafik yang berbeza
ditukarkan menjadi satu skala yang sama.
E. Interaksi dengan pengguna
Penggunaan pilihan menu dengan pemakaian bahasa yang baik
adalah penting bagi membolehkan pengguna membuat pilihan yang betul dalam
usahanya untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki.
iii. Aspek Organisasi
Kerjasama yang baik daripada setiap ahli dalam organisasi
adalah amat penting bagi memastikan pembinaan GIS dapat disiapkan dan mencapai
matlamatnya.
Adalah kurang bijak untuk mengharapkan pembinaan GIS siap
dalam masa yang singkat dengan hanya menempatkan seseorang yang berpengetahuan
mengendalikan peralatan dan perisian untuk bertindak secara bersendirian.
Pembina GIS memerlukan pekerja-pekerja teknikal, juruanalisa
sistem rangkaian, pihak pengurusan dan pengeluar peralatan dan perisian
mestilah sentiasa berkerjasama dalam menyelesaikan segala masalah yang bakal
timbul sewaktu proses pembinaan sitem GIS tersebut.
Setiap
organisasi yang ingin atau sedang membangunkan sistem ini perlu mengambilkira
komponen-komponen di atas dengan sewajarnya. Kelemahan pengurusan salah satu
komponen GIS tersebut akan menyebabkan proses penerapan sistem ini kedalam
organisasi terbabit akan terganggu.
Salah satu
aspek yang perlu diberi perhatian ialah pemilihan perisian GIS yang sesuai dan
dapat memenuhi keperluan organisasi terbabit.
In this manner my pal Wesley Virgin's biography starts in this SHOCKING AND CONTROVERSIAL video.
ReplyDeleteAs a matter of fact, Wesley was in the army-and soon after leaving-he revealed hidden, "MIND CONTROL" tactics that the government and others used to get everything they want.
THESE are the EXACT same SECRETS lots of famous people (especially those who "come out of nothing") and the greatest business people used to become wealthy and famous.
You probably know that you use only 10% of your brain.
Mostly, that's because the majority of your BRAINPOWER is UNCONSCIOUS.
Perhaps this expression has even taken place INSIDE your own head... as it did in my good friend Wesley Virgin's head around 7 years ago, while driving an unlicensed, beat-up bucket of a car without a driver's license and $3 in his bank account.
"I'm absolutely fed up with going through life paycheck to paycheck! Why can't I become successful?"
You've been a part of those those conversations, am I right?
Your success story is waiting to start. All you need is to believe in YOURSELF.
WATCH WESLEY SPEAK NOW