Sunday, 23 October 2011

PENGURUSAN ASET


ASET
ASET IALAH PEMILIKAN SESUATU YANG BERHARGA YANG DIPEROLEHI BAGI TUJUAN MEMEGANG ATAU MENGGUNAKAN DALAM SESUATU
TEMPOH ATAU SEPANJANG MASA DI DALAM MENGURUSKAN SESUATU INSTITUSI

HARTA BERBENTUK FIZIKAL
TANAH DAN BANGUNAN
JALAN RAYA
KENDERAJAAN/LOJI
SENJATAPI DAN PELURU
STOR PERUBATAN
STOR PAKAIAN
KELENGKAPAN PEJABAT

DEFINISI ASET
ASET ADALAH HARTA MODAL, BARANG-BARANG STOK, HARTANAH, BANGUNAN, JALAN DAN TANAH YANG DIPEROLEHI SECARA PEMBELIAN DARIPADA PERUNTUKAN KERAJAAN, DISITA, DILUCUTHAK, DIRAMPAS, TIDAK DITUNTUT, TIDAK BERTUAN, HADIAH ATAU PEMBERIAN.

DEFINISI HARTA MODAL:
BARANG-BARANG TAKLUAK YANG BERNILAI RM500 ATAU LEBIH SETIAP UNIT.
(tidak termasuk perabut, permaidani, langsir dsbnya)

KATEGORI HARTA MODAL
Kenderaan (kereta, van, motorsikal dan sebagainya).
Loji (loji pusat hawa dingin, loji pembersihan air dan sebagainya).
Mesin peralatan dan kelengkapan pejabat dan sebagainya.(Kamera, komputer, mesin taip dsb).

DEFINISI INVENTORI

BARANG-BARANG TAKLUAK YANG BERNILAI KURANG DARI RM500 SETIAP UNIT.
(termasuk perabot, permaidani, langsir dsbnya tanpa mengambil kira kos).

KATEGORI INVENTORI
PERALATAN DAN KELENGKAPAN PEJABAT (alat pengira, kipas angin, dsbnya).

PERABOT, PERMAIDANI, LANGSIR, (Kerusi, Meja, Langsir, Kabinet Besi, Almari dsbnya.)

MERANCANG KEPERLUAN
1. MENENTUKAN KEPERLUAN
2. MENGKAJI PENGGUNAAN
3. MEMBUAT ANGGARAN PENGGUNAAN

PEROLEHAN / PEMBELIAN
Tujuan: untuk mendapatkan nilai yang terbaik.
1. PEMBELIAN YANG PALING MENGUNTUNGKAN.
2. PASTIKAN PERUNTUKAN MENCUKUPI.
3. KUASA PEMBELIAN DIPEROLEHI.
4. SPESIFIKASI BARANG DITENTUKAN.
5. NASIHAT TEKNIKAL DIPEROLEHI.
6. DASAR DAN PERTATURAN PEMBELIAN DIPATUHI.

PENYIMPANAN
Tujuan: untuk mengelakkan daripada kehilangan, kekurangan, kerosakan, keusangan dan kelusuhan.
1. SIMPAN DI TEMPAT YANG SESUAI DENGAN JENIS BARANG.
2. MEMBERI PERHATIAN KEPADA CARA SUSUNAN BARANG-BARANG.
3. PASTIKAN KESELAMATAN BARANG-BARANG.
4. SEDIAKAN TANDA-TANDA AMARAN.

PENYELENGGARAAN
Tujuan:
-Untuk melanjutkan usia penggunaan barang dan sentiasa di peringkat yang efisyen.
-Untuk menentukan keselamatan pengguna.

JENIS PENYELENGGARAAN:
1. PENYELENGGARAAN DIRANCANG.
2. PENYELENGGARAAN TIDAK DIRANCANG.

PEMINDAHAN / PENGELUARAN
Tujuan: Bagi mempastikan bahawa kesemua pemindahan atau pengeluaran dibuat dengan kebenaran.
1. PEMINDAHAN/PENGELUARAN BARANG DIBUAT DENGAN KEBENARAN BERTULIS.
2. PASTIKAN BARANG YANG DIPINDAH SAMPAI KE DESTINASINYA.
3. DAPATKAN PERAKUAN TERIMA PEMINDAHAN.
4. PENGELUARAN BIARLAH DALAM KUANTITI YANG MUNASABAH.

PENGGUNAAN
Tujuan: Bagi mempastikan harta Kerajaan digunakan dengan berkesan untuk mencapai objektif tertentu.
1. PENGGUNAAN MENGIKUT KEPERLUAN BARANG-BARANG.
2. PENGGUNAAN MENGIKUT CARA YANG DITETAPKAN.
3. PENGGUNAAN ADALAH DI BAWAH KAWALAN/PENYELIAAN.
4. PENGGUNAAN HENDAKLAH DIBUAT SECARA BERHATI-HATI.

MEREKOD

Tujuan: Kawalan secara dokumen supaya dapat mengesan dan mengakaun semua harta yang dimiliki.

1. PASTIKAN SEMUA HARTA KERAJAAN DIREKOD DENGAN KEMASKINI.
2. WUJUDKAN SISTEM MAKLUMAT YANG KEMASKINI DAN BERKESAN BAGI MEMUDAHKAN PIHAK PENGURUSAN MENCAPAI PENGGUNAAN YANG OPTIMA SERTA PENGURUSAN HARTA YANG CEKAP.
3. PASTIKAN SEMUA HARTA KERAJAAN MEMPUNYAI LABEL HAK MILIK KERAJAAN DAN NOMBOR KOD.

PEMERIKSAAN / VERIFIKASI
Tujuan: Kawalan secara fizikal supaya dapat mempastikan barang-barang masih ada dalam keadaan yang baik.

1. VERIFIKASI/PEMERIKSAAN PERLU DIADAKAN MENGIKUT LAT MASA YANG DITENTUKAN.
2. PEMERIKSA/PEMVERIFIKASI STOK PERLU DILANTIK SECARA BERTULIS.
3. PEMERIKSAAN DIBUAT SECARA SISTEMATIK.
4. SEDIAKAN LAPORAN-LAPORAN YANG TERTENTU.

PELUPUSAN
Tujuan: Bagi membatalkan atau mengeluarkan rekod barang-barang daripada daftar.

1. MEMBOLEHKAN JABATAN MEMBELI ATAU MENDAPATKAN BARANG BARU.
2. MENJIMATKAN RUANG SIMPANAN.
3. MENGELAKKAN SUSUT NILAI YANG BERTERUSAN.
4. MENGELAKKAN KEMUNGKINAN BARANG DISALAHGUNAKAN.
5. MENGELAKKAN RISIKO KEHILANGAN.

KEHILANGAN
Tujuan: Mempastikan bahawa segala kes kehilangan harta kerajaan disiasat, dilapor dan tindakan sewajarnya diambil.

1. SEMUA KEHILANGAN PERLU DILAPORKAN.
2. KEHILANGAN JENAYAH MEMERLUKAN LAPORAN POLIS SERTA LAPORAN AWAL
3. SIASATAN JABATAN/KEMENTERIAN PERLU DIADAKAN.
4. LAPORAN AKHIR.
5. DAPATKAN GANTI JIKA KEHILANGAN WANG.
6. HAPUSKIRA JIKA KEHILANGAN BARANG/ WANG.

PELUPUSAN HARTA
SEBAB-SEBAB PELUPUSAN
Aset telah diguna dan tidak diperlukan lagi;
Aset belum guna tetapi berlebihan;
Aset sudah diguna tetapi tidak ekonomi dibaiki;
Aset telah tidak boleh digunakan lagi.

Kaedah Pelupusan:
Permohonan Pelupusan;
Penurunan Kuasa Pelupusan;
Perlantikan Lembaga Pemeriksa;
Kaedah Pelupusan;
Surat Pekeliling

No comments:

Post a Comment